AMARAN:
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala.
Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujungkaki)Wallahu-a'lam
Ketukan bertalu-talu diselang selikan dengan suara nyaring ibu menyebabkan lenaku terganggu.
“ Fyka...bangun la solat subuh. Dah lewat ni nak..”
Berkali-kali ku dengar suara ibu memanggilku. ‘Ah..malasnya aku nak bangun. Ibu bukannya tahu aku mengantuk sangat, masa nie la jugak dia nak kejutkan aku.’begitulah desis hatiku. Seperti biasa setelah agak lama ibu kejutkan, barulah aku menyahut panggilan ibu. Dan..aku lena kembali berselimutkan debu-debu dosa kerana meninggalkan solat subuh. Bukannya solat yang satu itu sering aku tinggalkan, yang empat lagi tidak berkecuali. Ada kalanya bilaku terasa lapang, barulah aku tunaikan kewajipan yang lima itu. Namun bila rasa malas menguasai dan di tambah pula degan hasutan syaitan laknatullah, aku sewenang- wenangnya meninggalkan ibadah fardu itu.
Aku...anak bongsu dari 3 beradik, masih menuntut di tingkatan enam atas. Perwatakanku, ah..agak ganas dan di geruni. Perwatakanku yang seakan lelaki atau lebih dikenali dengan nama ‘tomboy’ menyebabkan aku dikenali ramai. Aku lebih gemar berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki, kerana bagiku lelaki lebih memahami dan tidak mudah berkecil hati dalam segala hal. Aku bangga dengan panggilan ‘tomboy’, berambut pendek, berkelakuan kasar seperti lelaki dan bebas bergerak ke mana sahaja. Semua ini berlaku kerana peristiwa silam dahulu. Bukan kehendakku, namun keadaan yang memaksa segalanya. Dahulu...ibu sering dipukul ayah kerana ayahku kaki judi. Setiap kali kalah dalam pertaruhan, ayah akan mengamuk dan memukul ibuku. Dan ada kalanya kami adik- beradik turut terkena tempiasnya. Kerana peristiwa silam itulah aku nekad bertukar perwatakan. Aku tidak rela di tindas dan di hina oleh ayah seperti ibuku. Tidak..aku tidak rela menerima nasib seperti itu...Bagiku lelaki berkuasa atas segalanya, lantas dari fitrah asalku seorang gadis yang kaya dengan sopan santun menjadi sebaliknya.
Lima bulan lagi aku bakal menduduki peperiksaan STPM. Namun, aku tidak pernah kisahkan perkara itu, kerana bagiku berseronok dan lepak-lepak bersama kawan- kawan lelakilebih menyeronokkan. Setiap hari selepas waktu persekolahan tamat, kami akan merayau-rayau di kompleks membeli- belah. Sehinggalah matahari hampir terbenam, barulah aku beransur-ansur pulang ke rumah. Begitulaah rutin harianku saban hari sehinggalah seseorang berjaya mengubahku.
Di pagi yang damai itu, kami sekelas dikejutkan dengan kemasukan seorang pelajar lelaki yang baru bertukar ke sekolah kami. Hatiku berbunga riang kerana bagiku, aku bakal mendapat seorang lagi rakanlelaki yang boleh berseronok bersama kami. Hampir 2 tahun di tingkatan enam itu cukup merimaskan aku. Ini kerana dalamkelasku itu terdapat lebih ramai pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki dalam kadar nisbah 5:1. Sewaktu loceng rahat berbunyi, aku lantas menyapa pelajar lelaki itu. Bagiku apa salahnya berkenalan dengan pelajar baru itu. Namun.. hatiku hampa, huluran tanganku untuk berkenalan dengannya tidak bersambut. Katanya : “maaf, bukan muhrim”. Ketika itu keegoan ku benar-benar tercabar. Barulah ku sedar, dia bukanlah seperti rakan lelaki lain yang boleh bertepuk tampar denganku tanpa mengira batasan. Namun dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, dia menolak huluran tanganku dengan baik, seraya memberi salam dan memperkenalkan dirinya. Hmm..Afiq Akmal namanya..hatiku terusik, namun aku gembira kerana dia jua sudi berkawan denganku.
2 bulan telah pun berlalu dengan penuh pengertian. Kini tinggal lebih kurang 3 bulan lagi aku bakal menduduki STPM. Tanpa ku sedari kehadiran Amal sedikit sebanyak telah mengubah tingkah laku aku. Aku tidak lagi merayau-rayau di pusat membeli belah bersama rakan lelaki lain. Sebaliknya setelah tamat sesi persekolahan, aku, Amal dan beberapa lagi rakan pelajar lain mengulangkaji kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Perhubunganku dengan Amal juga semakin akrab. Aku amat senang berkawan dengannya, ini kerana dia tidak pernah mengejek atau menghina perwatakanku, tetapi menerima diriku dengan seadanya. Tanpa ku sedari, aku telah mula menaruh hati padanya. Namunku pendam rasa hatiku jauh-jauh di lubuk hatiku, kerana bagiku tidak mungkin Amal akan menerima ‘tomboy’ sepertiku. Songkok dikepalanya membuatkan aku betul-betul meminatinya. Apatah lagi dengan budi bahasanya yang mencerminkan seorang lelaki yang berakhlak tinggi.
Suatu hari Amal menyuarakan hasrat hatinya padaku. Dia menyarankan agar aku bertudung ketika ke sekolah atau ke mana-mana saja selepas melangkah keluar dari rumah. Kata-katanya sedikit sebanyak menyentuh hatiku. Katanya “hadirnya wanita ke dunia ini adalah sebagai perhiasan. Dan seindah-indah perhiasan itu adalah wanita yang solehah.” Dia juga menceritakan kepadaku tentang betapa azabnya wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah S.W.T serta yang mendedahkan auratnya kepada tontonan bukan muhrim seperti yang di saksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Israq dan Mikraj. Air mata keinsafan berguguran jua di kelopak mataku. Bukannya aku tidak tahu akan hal itu, namun sengaja ku benamkan jauh-jauh dari ingatanku. Pendapatnya aku tolak kerana bagiku aku lebih senang dengan perwatakanku kini. Aku bebas dengan berbaju T-Shirt, berseluar jeans dantopi lusuh di kepala. Sejak peristiwa itu, perhubunganku dengan Amal begitu jauh. Kami tidak lagi seakrab dulu kerana aku kembali kepada perangai lamaku, berpeleseran tanpa destinasi, tanpa mengira waktu dan masa. Ibu yang melihat perubahanku juga nyata amat terkejut dan tanpa jemu menasihatiku agar berubah. Dan seperti nasihat Amal juga, nasihat ibu ku biarkan berterbangan di tiup angin lalu.
Suatu hari, di petang yang redup itu aku dikejutkan dengan berita kematian ibu. Ketika itu hatiku benar-benar hancur. Aku tiada lagi tempat untuk bergantung dan mencurahkan kasih-sayang. Tiada lagi doa kudus dari seorang ibu untuk mengiringi perjalanan hidup anak- anaknya. Ibu menyahut panggilan ilahi ketika aku benar-benar memerlukannya. Aku tahu derita yang di tanggung ibu selama ini, namun aku tidak pernah mengendahkannya. Saat ini, nasihat Amal dan kata-kata azimat ibu kembali menerjah ruang fikiranku. Air mataku berguguran lagi mengigati betapa jahilnya aku selama ini...barulah ku sedari kasih ibu selama ini begitu tulus, dan aku selama ini begitu angkuh. Aku begitu angkuh dengan lagakku seperti lelaki itu, namun hakikatnya aku adalah perempuan. Pemergian ibu benar-banar menginsafkan aku. Barulah ku sedari hidup ini hanyalah satu persinggahan dan bila- bila masa kita akan dijemput mengadapNya. Barulah ku sedar fitrahku sebagai wanita adalah begitu istimewa.
Lantas... di saban malam yang hening, aku duduk mengadap ditikar sejadah. Aku pasrahatas apa yang berlaku terhadapku. Yang aku sedari kini,..Kau benar-benar Maha berkuasa ke atas alam semesta ini. Dan aku.. aku hanyalah insan kerdil yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat pemberianMu . Namun, ku sedar kini ya Allah, walau luas lautan pun bukanlah perbandingan untuk segala nikmat dan pemberianMu. Apa yang termampu aku luahkanhanyalah...syukur Alhamdulillah..Akhir kalam, Al- Fatihah buat bondaku yang tercinta...
Wanita...
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita berharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan