My Blog List

JiKa aKu JaTuH HaTi

JiKa aKu JaTuH HaTi

Thursday, April 8, 2010

RiNTiHaNKu...(As-Saufee)

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Monday, April 5, 2010

Doa Untuk Suami Dari Seorang Isteri Solehah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, February 18, 2010

JiKa aKu JaTuH haTi.....

Ya … Allah,
Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya … Muhaimin,
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh Hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya … Rabbana,
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati–Mu

Ya … Rabbul Izzati,
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu
Ya … Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya … Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan–jalannya, penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu

Thursday, January 7, 2010

CERITA TENTANG HATI...

Aku bukanlah sasterawan negara

Aku hanyalah manusia biasa

Menulis sekadar meluahkan rasa di jiwa

Cerita tentang hati...

Tentang suka duka,tangis gembira

Cerita tentang hati...

Sebenar rasa dari hati kecil ini...

Cerita tentang hati...

Perjalanan hidup yg ku lalaui,

Jatuh bangun sendiri,

Dalam menjadi khlifah Ya Rabb yg Solehah

Dalam menjadi Mujahidah sejati

Di bumi Allah yg fana ini

Cerita tentang hati...

Moga ku temui sebenar kehidupan

Yang di redhai, di berkati & di Lindungi

Yang Maha Pencipta......

SeMaLaM..HaRi iNi...&...Esok

semalam adalah kenangan...
hari ini adalah kenyataan...
esok belum pasti...

kenangan tetap menjadi kenangan..
kenyataan hari ini hadapilah ianya..
yang pasti...
esok, corakkanlah ia dengan yang terbaik...

Tuesday, January 5, 2010

TEMUDUGA TERTUTUP

AMARAN:
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:

Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala.
Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujungkaki)
Wallahu-a'lam

Saturday, December 26, 2009

LAYAR KEINSAFAN

Ketukan bertalu-talu diselang selikan dengan suara nyaring ibu menyebabkan lenaku terganggu.

Fyka...bangun la solat subuh. Dah lewat ni nak..”

Berkali-kali ku dengar suara ibu memanggilku. ‘Ah..malasnya aku nak bangun. Ibu bukannya tahu aku mengantuk sangat, masa nie la jugak dia nak kejutkan aku.’begitulah desis hatiku. Seperti biasa setelah agak lama ibu kejutkan, barulah aku menyahut panggilan ibu. Dan..aku lena kembali berselimutkan debu-debu dosa kerana meninggalkan solat subuh. Bukannya solat yang satu itu sering aku tinggalkan, yang empat lagi tidak berkecuali. Ada kalanya bilaku terasa lapang, barulah aku tunaikan kewajipan yang lima itu. Namun bila rasa malas menguasai dan di tambah pula degan hasutan syaitan laknatullah, aku sewenang- wenangnya meninggalkan ibadah fardu itu.

Aku...anak bongsu dari 3 beradik, masih menuntut di tingkatan enam atas. Perwatakanku, ah..agak ganas dan di geruni. Perwatakanku yang seakan lelaki atau lebih dikenali dengan nama ‘tomboy’ menyebabkan aku dikenali ramai. Aku lebih gemar berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki, kerana bagiku lelaki lebih memahami dan tidak mudah berkecil hati dalam segala hal. Aku bangga dengan panggilan ‘tomboy’, berambut pendek, berkelakuan kasar seperti lelaki dan bebas bergerak ke mana sahaja. Semua ini berlaku kerana peristiwa silam dahulu. Bukan kehendakku, namun keadaan yang memaksa segalanya. Dahulu...ibu sering dipukul ayah kerana ayahku kaki judi. Setiap kali kalah dalam pertaruhan, ayah akan mengamuk dan memukul ibuku. Dan ada kalanya kami adik- beradik turut terkena tempiasnya. Kerana peristiwa silam itulah aku nekad bertukar perwatakan. Aku tidak rela di tindas dan di hina oleh ayah seperti ibuku. Tidak..aku tidak rela menerima nasib seperti itu...Bagiku lelaki berkuasa atas segalanya, lantas dari fitrah asalku seorang gadis yang kaya dengan sopan santun menjadi sebaliknya.

Lima bulan lagi aku bakal menduduki peperiksaan STPM. Namun, aku tidak pernah kisahkan perkara itu, kerana bagiku berseronok dan lepak-lepak bersama kawan- kawan lelaki lebih menyeronokkan. Setiap hari selepas waktu persekolahan tamat, kami akan merayau-rayau di kompleks membeli- belah. Sehinggalah matahari hampir terbenam, barulah aku beransur-ansur pulang ke rumah. Begitulaah rutin harianku saban hari sehinggalah seseorang berjaya mengubahku.

Di pagi yang damai itu, kami sekelas dikejutkan dengan kemasukan seorang pelajar lelaki yang baru bertukar ke sekolah kami. Hatiku berbunga riang kerana bagiku, aku bakal mendapat seorang lagi rakan lelaki yang boleh berseronok bersama kami. Hampir 2 tahun di tingkatan enam itu cukup merimaskan aku. Ini kerana dalam kelasku itu terdapat lebih ramai pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki dalam kadar nisbah 5:1. Sewaktu loceng rahat berbunyi, aku lantas menyapa pelajar lelaki itu. Bagiku apa salahnya berkenalan dengan pelajar baru itu. Namun.. hatiku hampa, huluran tanganku untuk berkenalan dengannya tidak bersambut. Katanya : “maaf, bukan muhrim”. Ketika itu keegoan ku benar-benar tercabar. Barulah ku sedar, dia bukanlah seperti rakan lelaki lain yang boleh bertepuk tampar denganku tanpa mengira batasan. Namun dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, dia menolak huluran tanganku dengan baik, seraya memberi salam dan memperkenalkan dirinya. Hmm..Afiq Akmal namanya..hatiku terusik, namun aku gembira kerana dia jua sudi berkawan denganku.

2 bulan telah pun berlalu dengan penuh pengertian. Kini tinggal lebih kurang 3 bulan lagi aku bakal menduduki STPM. Tanpa ku sedari kehadiran Amal sedikit sebanyak telah mengubah tingkah laku aku. Aku tidak lagi merayau-rayau di pusat membeli belah bersama rakan lelaki lain. Sebaliknya setelah tamat sesi persekolahan, aku, Amal dan beberapa lagi rakan pelajar lain mengulangkaji kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Perhubunganku dengan Amal juga semakin akrab. Aku amat senang berkawan dengannya, ini kerana dia tidak pernah mengejek atau menghina perwatakanku, tetapi menerima diriku dengan seadanya. Tanpa ku sedari, aku telah mula menaruh hati padanya. Namunku pendam rasa hatiku jauh-jauh di lubuk hatiku, kerana bagiku tidak mungkin Amal akan menerima ‘tomboy’ sepertiku. Songkok dikepalanya membuatkan aku betul-betul meminatinya. Apatah lagi dengan budi bahasanya yang mencerminkan seorang lelaki yang berakhlak tinggi.

Suatu hari Amal menyuarakan hasrat hatinya padaku. Dia menyarankan agar aku bertudung ketika ke sekolah atau ke mana-mana saja selepas melangkah keluar dari rumah. Kata-katanya sedikit sebanyak menyentuh hatiku. Katanya “hadirnya wanita ke dunia ini adalah sebagai perhiasan. Dan seindah-indah perhiasan itu adalah wanita yang solehah.” Dia juga menceritakan kepadaku tentang betapa azabnya wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah S.W.T serta yang mendedahkan auratnya kepada tontonan bukan muhrim seperti yang di saksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Israq dan Mikraj. Air mata keinsafan berguguran jua di kelopak mataku. Bukannya aku tidak tahu akan hal itu, namun sengaja ku benamkan jauh-jauh dari ingatanku. Pendapatnya aku tolak kerana bagiku aku lebih senang dengan perwatakanku kini. Aku bebas dengan berbaju T-Shirt, berseluar jeans dan topi lusuh di kepala. Sejak peristiwa itu, perhubunganku dengan Amal begitu jauh. Kami tidak lagi seakrab dulu kerana aku kembali kepada perangai lamaku, berpeleseran tanpa destinasi, tanpa mengira waktu dan masa. Ibu yang melihat perubahanku juga nyata amat terkejut dan tanpa jemu menasihatiku agar berubah. Dan seperti nasihat Amal juga, nasihat ibu ku biarkan berterbangan di tiup angin lalu.

Suatu hari, di petang yang redup itu aku dikejutkan dengan berita kematian ibu. Ketika itu hatiku benar-benar hancur. Aku tiada lagi tempat untuk bergantung dan mencurahkan kasih-sayang. Tiada lagi doa kudus dari seorang ibu untuk mengiringi perjalanan hidup anak- anaknya. Ibu menyahut panggilan ilahi ketika aku benar-benar memerlukannya. Aku tahu derita yang di tanggung ibu selama ini, namun aku tidak pernah mengendahkannya. Saat ini, nasihat Amal dan kata-kata azimat ibu kembali menerjah ruang fikiranku. Air mataku berguguran lagi mengigati betapa jahilnya aku selama ini...barulah ku sedari kasih ibu selama ini begitu tulus, dan aku selama ini begitu angkuh. Aku begitu angkuh dengan lagakku seperti lelaki itu, namun hakikatnya aku adalah perempuan. Pemergian ibu benar-banar menginsafkan aku. Barulah ku sedari hidup ini hanyalah satu persinggahan dan bila- bila masa kita akan dijemput mengadapNya. Barulah ku sedar fitrahku sebagai wanita adalah begitu istimewa.

Lantas... di saban malam yang hening, aku duduk mengadap ditikar sejadah. Aku pasrah atas apa yang berlaku terhadapku. Yang aku sedari kini,..Kau benar-benar Maha berkuasa ke atas alam semesta ini. Dan aku.. aku hanyalah insan kerdil yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat pemberianMu . Namun, ku sedar kini ya Allah, walau luas lautan pun bukanlah perbandingan untuk segala nikmat dan pemberianMu. Apa yang termampu aku luahkan hanyalah...syukur Alhamdulillah..Akhir kalam, Al- Fatihah buat bondaku yang tercinta...






Wanita...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan